Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 2

 Hai ,

Jumpa lagi dalam post Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 2. Kandungan post kali ini berdasarkan video di channel Cikgu Sherene Tan. Terima kasih Cikgu Sherene atas keizinan beliau dan penerangan yang jelas cara menyiapkan kajian lapangan ini.

Tajuk kajian : Pengangkutan Awan Di .........(nama kawasan tempat tinggal anda)..

Apakah perkara yang perlu ditulis dan apakah perkara yang perlu anda buat ?

Kandungan kajian  yang perlu ditulis ....

i. Latar belakang kawasan kajian.

ii. Peta lakar kawasan kajian.

iii. Definisi dan konsep Pengangkutan Awam.

iv. Jenis jenis Pengangkutan Awam.

v. Masalah Pengangkutan Awam di kawasan kajian.

vi. Cadangan penambahbaikan Pengangkutan Awam di kawasan kajian


Perkara yang perlu anda buat adalah mengumpul maklumat ....

Cari dan kumpul maklumat berkaitan :

i. Konsep/definisi/ maksud Pengangkutan Awam - boleh diperolehi melalui buku teks, buku rujukan, internet dan surat khabar. 

ii. Jenis-jenis pengangkutan awam - boleh didapati melalui buku teks, buku rujukan, internet dan surat khabar. 

iii. Masalah-masalah pengangkutan awam - boleh diperolehi melalui internet, surat khabar dan borang soal selidik. 

iv. Langkah-langkah penambahbaikan Pengangkutan Awam - boleh dicari melalui internet, surat khabar dan borang soal selidik. 


Jom mula buat kajian.


1. Kulit/Muka depan kajian.

      Contoh :

Boleh ditambah lencana sekolah jika anda tahu caranya.

2. Jadual kerja

Contoh:

Sila isi tarikh mengikut aktiviti anda.

3. Senarai kandungan

    Contoh :

Sila isi sendiri mengikut jumlah halaman kajian anda.

4. Penghargaan.

Ucapan terima kasih kepada orang yang membimbing (Guru Geografi/Pengetua sekolah) , membantu (guru/ibubapa/kawan dan menyokong (ibubapa dan responden) anda untuk menyiapkan kerja lapangan ini. 

Setiap penghargaan mesti dengan sebab.

Contoh :


Sila ubah nama sekolah, nama Pengetua, nama guru Geografi dan nama rakan anda.

5. Pendahuluan.

Memperkenalkan tajuk kerja lapangan, perkara yang dikaji dan sebab lokasi tersebut dipilih, kesesuaian tajuk dengan kawasan kajian.

Contoh :


Sekarang adalah masa untuk mengumpul maklumat kajian.  


6. Objektif Kajian

Anda perlu menyenaraikan objektif kajian kerja lapangan. Setiap objektif mesti bermula dengan kata kerja. Contoh; mengenalpasti, menjelaskan, mengkaji, mencadangkan atau lain lain perkataan yang sesuai.

7. Kawasaan Kajian


Contoh : Sila apa yang patut.



Peta lakar



Contoh :






Bersambung ....




2 comments.. read them below or add one