Langkah-Langkah Menulis Tugasan Sejarah PT3 2015

Artikel ini sudah diupdate kepada tajuk tugasan sejarah PT3 2016


Hai !


Kesengsaraan pelajar Tingkatan Tiga 2016 sudah bermula. Mereka perlu menyiapkan tugasan sejarah.

Okay, jangan dihiraukan kesengsaraan itu. Apa yang penting adalah usaha dan kesungguhan anda menyiapkan tugasan tersebut. 

Anda perlu fokus semasa mendengar taklimat guru sejarah anda kerana mereka yang akan memeriksa dan memberi markah tugasan anda. Ikut arahan dan kemahuan Guru Sejarah anda.

Di sini saya akan berikan panduan umum dan langkah-langkah menulis Tugasan Sejarah PT3 2016.


Soalan : Anda dikehendaki membuat kajian tentang bangunan/binaan bersejarah ditempat tinggal anda dan hasilkan laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.


1. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan. 

**Ada 5 perkara yang anda perlu beri tumpuan iaitu latar belakang bangunan/binaan, menerangkan struktur bangunan, menghuraikan sebab bangunan tersebut dibina,menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa ini dan mencadangkan langkah untuk memelihara/memulihara bangunan/binaan tersebut.


Jadual kerja, Objektif, Kaedah kajian dan Tajuk - 8 markah.

2. Sediakan jadual kerja atau senarai semak yang lengkap dan realistik untuk menunjukkan     kesungguhan anda.

3. Sediakan objektif kajian yang tepat dan kaedah kajian.

4. Tajuk kajian. Sebenarnya tajuk kajian tidak disediakan. Guna kreativiti anda.

**Contoh : Binaan Bersejarah : Rumah Sakit Ladang Bagan Datoh


Proses awal - 10 markah.

5. Cari maklumat/bahan berkaitan soalan dari pelbagai sumber. Anda boleh rujuk  buku-buku sejarah, suratkhabar lama atau carian online. Jangan lupa ziarah pusat sumber.

**Bawa semua bahan ini dan tunjukkan kepada guru sejarah anda semasa proses menyiapkan tugasan di kelas.


Kerangka kasar penulisan - 10 markah.

6. Sediakan kerangka kasar penulisan. Sila rujuk Guru Sejarah anda terlebih dahulu untuk memastikan isi yang akan anda tulis adalah betul dan susunan isi juga tepat.  

** Tulis kerangka lengkap ini di rumah. Minta guru sejarah anda semak untuk pembetulan.



Pengenalan - 5 markah

7. Pengenalan - menulis pengenalan yang sesuai dengan tugasan dan menggambarkan keseluruhan kandungan penulisan.

* Nyatakan definisi "bangunan/binan bersejarah", kaitkan dengan Rumah Sakit Ladang Bagan Datoh dan perjelaskan aspek yang anda kaji. Rujuk soalan tugasan.



Penerangan latar belakang Rumah Sakit Ladang Bagan Datoh - 10 markah

8. Latar belakang bangunan/binaan - Anda perlu menjelaskan latar belakang " Rumah Sakit Ladang Bagan Datoh" dan memberi gambaran keseluruhan kandungan penulisan/kajian anda. 

* Nyatakan latar belakang sejarah binaan, fungsinya pada zaman dahulu, lokasinya dan tahun dibina.



Penerangan struktur bangunan - 10 markah.

9. Struktur bangunan - Menerangkan semua aspek berkaitan struktur binaan Rumah Sakit Ladang Bagan Datoh.  

Nyatakan 4 faktor lengkap disertai huraian dan contoh.

*Nyatakan rekabentuk bangunan, bahan yang digunakan dan cara pembinaan pada zaman dahulu dan zaman sekarang. 



Huraian sebab bangunan dibina - 10 markah.

10. Sebab bangunan dibina - Menghurai tujuan/sebab bangunan Rumah Sakit Ladang Bagan Datoh dibina.

*Nyatakan mengapa bangunan ini dibina, kepentingan dan fungsinya pada masa dahulu.



Analisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini - 10 markah.
11. Fungsi masa kini - Analisa fungsi dan keadaan bangunan Rumah Sakit Ladang Bagan Datoh pada masa kini.

*Nyatakan sama ada masih kekal seperti asal atau telah diubahsuai, fungsi bangunan masa kini dan pihak yang bertanggungjawab menjaganya. 



Mencadangkan langkah-langkah untuk memelihara/memulihara bangunan - 15 markah.

12. Mencadangkan langkah yang sangat bernas, rasional dan revelan dalam usaha memelihara/memulihara bangunan Rumah Sakit Ladang Bagan Datoh tersebut.



Rumusan - 5 markah.


13. Membuat rumusan pengetahuan, nilai atau unsur patriotme, kepentingan menjaga bangunan bersejarah dan harapan anda.



Sumber rujukan - 5 markah 

14. Menyenarai sumber rujukan - Cara menulis sumber rujukan.




Saya harap semua maklumat yang dipaparkan dapat membantu calon PT3 yang masih kabur/blur berkaitan penyediaan tugasan Sejarah.

Artikel ini akan diupdate dari masa ke semasa. Sila datang lagi.

Sila share artikel ini demi pahala bersama.

Atas nasihat seorang guru sejarah, saya tidak menyediakan contoh penulisan tugasan ini kerana tidak mahu anda terikat dengan ayat dan idea saya. Terdapat ramai pelajar yang malas mencari bahan. Mereka akan menyalin bulat bulat isi yang ada. Teknik copy & paste.

Perbuatan copy & paste adalah meniru/plagiat. Pelajar yang melakukan perbuatan sebegini akan kehilangan banyak markah dan hilang peluang untuk mendapat "A". 



Ada satu contoh di blog InsideMe

{ 15 comments.. read them below or add one }

Cikgu Mee Chang Tui Cikgu Mee Chang Tui 25 June 2015 at 16:18
I like you,yolu are right.FOR THOSE WHO ARE FORM 3 DO NOT TRY TO COPY AND PASTE OTHER WEBSITE ANSWER.IF YOU DID IT,I WILL CAUGHT YOU!!!!
AnonymousAnonymous 25 June 2015 at 16:25
Macam mna nak buat rumusan? help meeee!
AnonymousAnonymous 26 June 2015 at 15:46
btul jugak ehh..bgus2..btw, im form 3 student..calon pt3 too...huhuhu..xde contoh..x malas pn..tpi x faham je..
AnonymousAnonymous 26 June 2015 at 15:52
macam mana klu kaedah buat "saya telah mengenalpasti ..............kaedah kajian......melalui buku..........pada tahun......" boleh ke? :v
Unknown Unknown 26 June 2015 at 21:59
untuk jawab bahagian mana ?
Unknown Unknown 26 June 2015 at 22:01
Sila rujuk kepada guru sejarah kelas anda. Cikgu sejarah mesti akan beri bimbingan.
AnonymousAnonymous 4 July 2015 at 15:04
tlg saye buat essay sejarah yg 300 patah perkataan bleh x?
Unknown Unknown 4 July 2015 at 15:53
:-b sudah habis baca artikel ni ?
AnonymousAnonymous 7 July 2015 at 21:01
cane nak buat hubungkait
AnonymousAnonymous 8 July 2015 at 15:38
macam mana ni esok last day mau hantar,baru dekat kesan kesan semua kawan lain di rumusan sudah,Huhuhu............. ;-( .Tolong saya
AnonymousAnonymous 8 July 2015 at 15:50
;(( ;( ;-( @-) :-t b-(
AnonymousAnonymous 8 July 2015 at 15:52
Cikgu Sejarah kami tak mau tolong,dia releks je. 8-)
Unknown Unknown 9 July 2015 at 22:39
Boleh saya tanya mcm mana nak buat essei 13 perenggan itu ??