Jom 'Score A' Kerja Kursus PSV SPM 2021- Pembungkusan

 Salam sejahtera.

Saya muncul semula untuk membantu calon SPM 2021 dalam menyiapkan tugasan PSV. Terdapat beberapa perubahan dalam soalan tugasan SPM 2021 berikutan pelaksanaan silibus baru dalam sistem pendidikan Malaysia. KSSM.

Format soalan peperiksaan turut berubah. Oleh itu, semua calon SPM perlu memahirkan diri dan perlu menyesuaikan diri dengan format tersebut untuk mencipta keputusan cemerlang.

Format soalan Pendidikan Seni Visual juga turut berubah. Tahun tahun sebelum ini ada 6 soalan yang disediakan. Pada tahun 2021 , hanya 4 soalan sahaja yang diberi. 

 Jom jawab soalan 2

Soalan 2 KRSV SPM 2021


Sila tonton video Cikgu Juraiti binti Mokhtar , Jurulatih Utama Kebangsaan PSV


Intipati video di atas....

BAHAGIAN UMUM

Halaman yang perlu ada dalam folio KRSV SPM 2021.

Gambaran umum setiap helaian folio anda


Senarai semak perkembangan kerja anda.


Bahagian ini boleh tulis tangan atau nak cetak pun boleh.


Tampal dahulu , muka suratnya diisi kemudian

LANGKAH 1

Perwujudan idea (10 markah )

i. Isu dan permasalahan - Mengkaji kehendak tugasan bagi menunjukkan kefahaman anda terhadap tugasan.

Mengkaji kehendak soalan sememangnya perlu untuk memudahkan kerja menyiapkan folio. Cuma pada tahun 2021 perkara ini perlu didokumentasikan. Hal ini merupakan elemen baharu untuk folio PSV SPM 2021. Bahagian ini boleh ditulis secara perenggan, peta minda atau nota anekdot. Perkara yang perlu dikaji dan ditulis :

1. Apa itu pembungkusan ?


2. Apa fungsi pembungkusan ?


3. Apakah elemen yang perlu ada pada pembungkusan ?

4. Apa itu kuih tradisional ?

5. Apakah elemen yang ada dalam rekaan grafik pembungkusan ?


6. Kajian isu dan permasalahan pembungkusan ? 


Enam helaian untuk bahagian ini. 

Apabila bahagian ini (6 helaian) telah siap , sila berjumpa Guru PSV anda untuk semakan beliau, jika ada pembetulan sila buat semua. Jangan lupa untuk berikan Borang PTC kepada Guru PSV supaya ditandatangani. 

** Apa itu Borang PTC? Jika kamu dengar taklimat awal kerja kursus PSV , kamu akan tahu....


ii. Sumber ilhamKoleksi gambar pelbagai jenis ilustrasi seni reka grafik pembungkusan makanan tradisional sebagai sumber ilham.






Cari gambar pembungkusan makanan dari internet atau majalah. Jika ambil gambar dari internet pastikan gambar itu mempunyai resolusi tinggi ( pixel 800 lebih) Jika ambil gambar dari majalah pasti saiz gambar muat untuk ditampal di atas kertas A3 anda. 



Cari 16 hingga 20 keping gambar pembungkusan, download dan susun dalam MS Word. Cetak semua gambar tersebut. 

Potong gambar tersebut dan tampalkan di atas kertas lukisan anda. Ikut sahaja susunan seperti gambar di atas lebih selamat. Tulis catatan/ulasan berkaitan dengan gambar. 

Langkah seterusnya ........................
 
iii. Kajian/ Maklumat -  Kajian elemen-elemen yang perlu ditambah baik pada kotak yang dipilih dari aspek warna, reka letak, ilustrasi, logo, dan aspek-aspek lain yang berkaitan

Pilih satu pembungkusan yang tidak menarik daripada gambar yang ditampal untuk dibuat rekaan grafik yang baharu. 


Tampal semula gambar tersebut di helaian baharu dan buat catatan kelemahan/kekurangan reka grafik pada pembungkusan tersebut yang boleh diperbaiki.  Perhatikan contoh di atas. 

Sampai di sini sahaja Langkah 1. Jika anda dapat lengkapkan semua perkara ini dengan baik , 10 markah untuk anda. Jangan lupa hantar semua helaian ini kepada GURU PSV anda untuk disemak. 10 markah adalah dari insan Guru PSV anda. Jika diarahkan membuat pembetulan, sila akur . 

Jika ada persoalan sila tulis di ruangan komen.


LANGKAH 2 

Pengolahan idea (35 markah)

i. Lukisan realistik - Lukisan atau catan realistik elemen seni reka grafik pada pembungkusan makanan tradisional yang dipilih dengan catatan.


Anda perlu lukis/catan semula gambar pembungkusan yang dipilih. Lukis objek secara besar dan jelas. Buat sedikit catatan berkaitan lukisan/catan yang dipilih. "Lukisan/Catan pembungkusan yang dipilih".

Ha ha .... dah mula garu kepala.


Lukisan/Catan realistik yang menjadi tema pembungkusan. Lukisan/Catan kuih ini merupakan ilustrasi utama pembungkusan. Lukislah dengan cantik dan memenuhi ruang kertas lukisan anda.

Jangan lupa catatan 'penggunaan warna' .... 

Peringatan ** Semua elemen yang ingin anda letak dalam pembungkusan tersebut perlu dibuat lukisan realistiknya.

Motif corak sebagai elemen tambahan pada pembungkusan.

.
Info produk sebagai elemen tambahan pada pembungkusan.

Jangan lupa dapatkan persetujuan dari Guru PSV anda dan dapatkan tanda tangan beliau.  

ii. Olahan/Perkembangan idea - Lakaran perkembangan idea elemen seni reka grafik yang berkaitan dengan catatan.

Jika anda menonton video, boleh rujuk pada minit 26:54 untuk bahagian ini. 

Sila dapatkan pandangan  Guru PSV anda sebelum anda memulakan lakaran perkembangan idea. Ikut kehendak Guru PSV anda kerana beliau yang akan memberi markah terhadap hasil kerja anda. Kalau perlu bodek, bodeklah sebaik mungkin. Ha ha ....

Lakaran perkembangan idea untuk corak pembungkusan.

 Lakaran perkembangan idea untuk logo dan catatan.


Lakaran perkembangan idea untuk tipografi dan catatan.

Lakaran perkembangan idea kotak dan catatan. Dalam video bermula pada minit ke 29:00


Lakaran keratan rentas dan skala dengan catatan.

iii. Lakaran reka letak/komposisi Lakaran beberapa reka letak elemen seni reka grafik  pada hamparan pembungkusan yang dipilih mengikut skala.


Lakaran reka letak pada pembungkusan. Dalam video pada minit 30:25


Lakaran reka letak pada pembungkusan dengan ukuran saiz elemen yang digunakan. 


LANGKAH 3

Penerokaan idea (25 markah )

i. Media/bahan dan teknik-Lukisan/gambar foto alat dan media/bahan yang digunakan dengan catatan.

Contoh sepeti dibawah: 



ii. Kajian teknik dan bahanContoh teknik yang dikaji pada bahan yang digunakan dengan catatan.

Kajian berkaitan jenis media diatas artcard/artboard

Kajian terhadap teknik mewarna menggunakan imej yang sama.

iii. Kajian warnaKajian warna dan skema warna daripada lakaran reka letak yang dipilih dengan catatan.

Lukis 4 - 6 keping design yang sama dan warnakan menggunakan warna yang berbeza.





Jika Guru PSV meminta lukis 4 keping, anda lukislah 6 keping sebagai tanda kesungguhan anda untuk score A.

LANGKAH 4

Penghasilan karya atau produk (25 Markah)

i. Proses penghasilanLukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan dengan catatan.



ii. Hasil akhir - Lukisan atau catan realistik persembahan dalam situasi sebenar. (Lukisan sebenar penggunaan pembungkusan tersebut.




Apabila sudah berada di tahap ini, sila berjumpa Guru PSV untuk dapatkan pandangan beliau, jika ada yang perlu diperbaiki. Dapatkan tandatangan Guru PSV anda kerana tanda tangan beliau sangat bermakna untuk mengakhiri seksaan yang anda alami. 

Jika semuanya sudah berada dalam keadaan tip top , bolehlah anda rancang bagaimana untuk menjilidnya.

 SELESAI.


 

1 comment... add one now

zack zack 28 September 2021 at 13:38
tq tq tq tq very much..amat bermanfaat untuk anak saya..