Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM


Langkah-langkah menyiapkan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM secara umum.

1. Kajian Rekaan Seni Visual ini mengandungi sembilan tugasan iaitu kraf tembikar, kraf batik, seni arca, seni cetakan timbulan, ilustrasi, pembungkusan, reka bentuk hiasan dalaman dan reka bentuk industri. Calon dikehendaki melaksanakan satu tugasan sahaja.

2. Calon mesti mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran PSV dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut. Guru PSV anda adalah mentor anda.

3. Kajian ini mesti dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2019.


4. Kajian Rekaan Seni Visual ini wajib dilaksanakan. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tetapi tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

5. Kajian ini mesti dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Baca kehendak soalan dengan teliti.

    Kebiasaannya soalan akan ditulis ;

    Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ............... yang bertemakan ..............  dengan menggunakan teknik ..................................... .

Portfolio kajian hendaklah mengandungi perkara berikut:

i) Koleksi gambar pelbagai reka corak ( .......... ) sebagai sumber ilham dengan catatan.

   Design 1 , Design 2, Design 3, Design 4.

ii) Koleksi gambar (.......................) sebagai sumber ilham dengan catatan.

     Koleksi 1, Koleksi 2, Koleksi 3, Koleksi 4

iii) Koleksi gambar (objek berkaitan soalan) sebagai sumber ilham dengan catatan.



iv) Lukisan atau catan realistik ( ikut kehendak soalan) yang dipilih dengan catatan.


**Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.

v) Lakaran perkembangan idea dengan catatan.


**Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

vi) Kajian teknik ( ikut kehendak soalan ) dengan catatan.

**Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

vii) Lakaran reka letak ilustrasi pada (ikut kehendak soalan) dengan catatan.

**Calon mesti mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

viii) Kajian warna dan skema warna dengan catatan.


ix) Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.


**Hasil kerja calon mesti dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

x) Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.


xi) Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan dengan catatan.



7. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan mesti asli, dihasilkan sendiri oleh calon. Jangan meniru daripada mana-mana sumber.

8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.

**Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.

9. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid (binding) hasil kajian.

10. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

11. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.



**** Kesemua imej dalam post ini diperolehi dari blog berikut :
http://eizianayusup.blogspot.com
https://sallzmia.wordpress.com
http://cikgumisnah.blogspot.com
https://blog.mitchalbala.com
http://lamanseni.blogspot.com
http://senivisual2012.blogspot.com/



Teringat hari raya.

1 comment... add one now

RS RS 26 October 2020 at 11:35
Terimakasih Sangat bermanfaat jangan lupa kunjungi blog saya TEKNOPASSTER