BM PT3 - Langkah-Langkah Menjawab Soalan Ulasan Berdasarkan Gambar

Karangan ulasan berdasarkan gambar merupakan soalan popular dalam kertas Bahasa Melayu PT3. Soalan ini keluar pada setiap tahun. Soalan ini mungkin memaparkan gambar, peta minda, graf, iklan,carta, poster atau keratan akhbar.

Dalam post ini saya akan berikan sedikit panduan menjawab soalan ini secara sempoi

Bahagikan jawapan anda kepada 3 bahagian iaitu pembukaan, 3 atau 4 isi dan kesimpulan.

Contoh soalan.

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar di bawah, tulis ulasan yang panjangnya di tidak melebihi 90 patah perkataan.



Tips menjawab soalan .

1. Teliti kehendak soalan.

2. Teliti gambar yang diberi. 

3. Pembukaan ulasan. Ini ayat paling sempoi.

" ______1_______ di atas menunjukkan ___________2_________________"

Tempat kosong nombor 1 boleh diisi dengan gambar, carta, poster atau apa-apa yang sesuai bergantung kepada imej yang diberi.

Tempat kosong nombor 2 perlu diisi dengan tajuk ulasan yang diberi.

Contoh ulasan untuk soalan ini :

" Gambar di atas menunjukkan kesan pencemaran sungai."

4. Isi - gambar ini menyediakan 3 isi yang tersurat.

Isi tersurat pertama.

"Pencemaran sungai mengancam kualiti bekalan air minuman."

Isi tersirat - untuk menulis isi tersirat, sila jawab soalan berikut :

i- mengapa bekalan air minuman terancam ?
Sungai merupakan sumber utama air bersih untuk kegunaan harian masyarakat Malaysia termasuklah air minuman.

**kegunaan harian boleh ditukarkan kepada kegunaan domestik.

ii- bagaimana bekalan air minuman terancam ?
Seandainya sungai dicemari bermakna bekalan air kita juga dicemari.

iii- apakah kesan bekalan air terancam ?
Hal ini akan menjejaskan kesihatan masyarakat kita.

Cadangan ulasan isi pertama.

"Pencemaran sungai mengancam kualiti bekalan air minuman. Sungai merupakan sumber utama bekalan air bersih untuk kegunaan domestik. Seandainya sungai dicemari bermakna bekalan air minuman kita juga dicemari. Hal ini akan menjejaskan kesihatan masyarakat kita." 

Isi tersurat kedua.

"Pencemaran sungai mengakibatkan kepupusan hidupan air"

** hidupan air juga dikenali sebagai hidupan akuatik. Boleh guna perkataan ini.

Isi tersirat - sila tanya bagaimana dan kesan kepupusan hidup air.

- sungai merupakan habitan hidupan akuatik.
- pencemaran sungai akan membunuh hidupan akuatik
- kita akan kehilangan sumber makanan (sumber protien) seperti ikan, udang, kerang dan siput.

Sila gabungankan kesemua fakta ini supaya menjadi satu perenggan yang mengandungi 25 patah perkataan.

Isi tersurat ketiga.

"Pencemaran sungai menjejaskan industri pelancongan negara."

Isi tersirat

- sungai merupakan tempat perkelahan dan tempat rekreasi tumpuan pelancong.
- sungai kotor menyebabkan wabak penyakit.
- pelancongan merosot menjejaskan ekonomi negara. 

Gabungkan semua fakta ini.

Kesimpulan.

Nyatakan keperluan menjaga sungai. Jika boleh selitkan cogankata atau perumpamaan yang sesuai.


Peringatan penting.

- Ulasan ini mesti ditulis dalam satu perenggan sahaja.

- Jangan lupa penggunaan penanda wacana.

- Catatkan jumlah perkataan.

Selamat mencuba.

{ 15 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 5 February 2017 at 15:56
Terima kasih...boleh dijadikan rujukan
RAUL TEBUN RAUL TEBUN 14 August 2017 at 21:40
Sangat berkesan...terima kasih...skrg baru sya tau apa itu isi tersirat huhu...
AnonymousAnonymous 20 August 2017 at 22:16
terima kasih sebab sudi berkongsi maklumat yang berguna ini
AnonymousAnonymous 10 September 2017 at 22:14
Sekarang Bolehlah Ambik Contoh Pt3 Kat sini Terima Kasih..
AnonymousAnonymous 31 October 2017 at 13:00
wah!! sgt bagus. aku stim bile baca bendalah ni!!
Adham  0122286482Adham 0122286482 11 March 2018 at 21:35
Wah nasib ade ni .. Tq very much
Unknown Unknown 23 September 2019 at 22:20
kalau yg iklan macam mana....nak ambik isi tersurat yg mana?