1. Baca kesemua 9 soalan yang diberi.
2. Oleh sebab korang tidak belajar PSV tetapi ingin ambil PSV, pilih sendiri soalan mengikut kemampuan. Aku pilih Tugasan 4.
3. Beli kertas lukisan warna putih saiz A3 yang beratnya 180gsm atau 200gsm sebanyak 40 keping.
4. Beli kertas A4 putih yang beratnya 100 gsm, gam , gunting atau pisau.
5. Baca semula soalan yang dipilih.Tugasan 4 okay !
Part 1
1. Buat tag ini sebanyak 40 keping. Cetak atau fotostat menggunakan kertas A4 - 100 gsm.
Saiznya ialah 5cm x11cm
3. Tampal tag tersebut pada muka hadapan kertas A3 di penjuru atas sebelah kanan di setiap helaian kertas.
4. Lukis bingkai pada setiap helaian.
5. Taip ayat berikut di komputer dan cetak.
Koleksi Gambar Pelbagai Jenis Kasut Kanvas Kanak-kanak Dengan Catatan.
6. Potong atau Gunting ayat tersebut dan tampal pada kertas A3. Lihat contoh :
Ini adalah pembahagi setiap topik kerja.
7. Buat carian di internet dengan kata kunci 'kid canvas shoes' atau 'canvas shoes'.
*Pilih gambar kasut kanvas kanak-kanak yang mempunyai resolusi melebihi 400 pixel.
8. Download 16 gambar kasut kanvas kanak-kanak, simpan dalam satu folder khas.
9. Cetak gambar kasut kanvas tersebut di atas kertas A4 dengan cetakan bewarna.
Untuk halaman seterusnya, anda perlu lakukan kerja ini ;
Dua garisan di atas adalah untuk memastikan huruf yang anda tulis , sama saiznya.
10. Potong dan tampal rekabentuk tersebut ke atas kertas A3. Catatkan url website sumber diperolehi. Lihat contoh :
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV (mentor korang) untuk pengesahan hasil kerja korang jika sudah lengkap.
Part 2
1. Hasilkan halaman seperti ini. Rujuk langkah-langkah Part 1.
Taip ayat, cetak atas kertas A4, potong dengan kemas dan tampal atas kertas lukisan A3.
3. Download 20 keping gambar kegembiraan kanak-kanak dan simpan dalam satu folder khas. Catat url gambar tersebut.
4. Cetak kesemua gambar tersebut di atas kertas A4 yang tebalnya 100 gsm
5. Jangan lupa yang ini .
6. Potong dan tampal gambar tersebut ke atas kertas lukisan A3. Catatkan url website sumber diperolehi. Pastikan susunan kemas dan bersih. Contoh hasil kerja :
Tema : Keceriaan diri kanak kanak
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV (mentor) untuk pengesahan hasil kerja korang jika sudah lengkap.
Part 3
1. Hasilkan halaman seperti ini. Rujuk langkah-langkah Part 1.
3. Download 12 - 16 gambar reka bentuk kasut kanvas yang mempunyai pixel lebih 400.
4. Buat halaman baru seperti ini :
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV (mentor) untuk pengesahan hasil kerja.
1. Taipkan perkataan berikut :
Lukisan Realistik Hal Benda Atau Tema Yang Dipilih
2. Cetak, Potong dan Tampal pada kertas A3 seperti gambar di bawah :
3. Pada helaian A3 yang baru sila hasilkan seperti ini :
4. Pilih mana-mana gambar pada Part 2, lukis semula dan warnakan. Lukisan mesti memenuhi ruang.
Contoh hasil kerja :
Jangan tiru hasil di atas. Korang akan menyesal nanti.
5. Pastikan mentor anda menandatangani hasil kerja tersebut sebagai pengesahan.
Part 5
Bahagian ini adalah nadi ciptaan Tugasan PSV SPM korang.
1. Hasilkan halaman seperti ini untuk pembahagi topik.
2. Buat halaman baru .
3. Ubah suailah gambar Part 4 yang korang pilih tu. Buat 6 hingga 10 langkah olahan idea.
Contoh olahan idea :
Inilah hasil olahan idea yang tercipta untuk dilukis pada kasut kanvas.
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV (mentor) untuk pengesahan hasil kerja.
Part 6
1. Hasilkan halaman seperti ini untuk pembahagi topik.
2. Buat halaman baru dan siapkan lakaran reka letak reka corak yang dipilih. Hasilkan sekurang-kurangnya 8 lakaran reka letak
3. Contoh hasil lakaran reka letak reka corak.
Contoh lain reka letak.
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV (mentor) untuk pengesahan hasil kerja.
Part 7
1. Hasilkan halaman seperti ini untuk pembahagi topik.
2. Buat halaman baru dan buat kajian warna.
Contoh kajian warna :
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV (mentor) untuk pengesahan hasil kerja.
Part 8
1. Hasilkan halaman seperti ini untuk pembahagi topik.
2. Buat halaman baru dan lukis 3 sudut pandangan untuk kasut anda
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV (mentor) untuk pengesahan hasil kerja.
Part 9
1. Hasilkan halaman seperti ini untuk pembahagi topik.
2. Buat halaman baru dan lukis gambar kasut sebenar yang sedang dipakai.
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV (mentor) untuk pengesahan hasil kerja.
1. Hasilkan halaman seperti ini untuk pembahagi topik.
2. Buat halaman baru dan lukis gambar semua alat dan bahan yang korang gunakan untuk menghasilkan reka corak pada kasut. Labelkan alatan dan bahan tersebut.
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV (mentor) untuk pengesahan hasil kerja Tugasan PSV SPM 2020.
Part 11
1. Hasilkan halaman seperti ini untuk pembahagi topik.
2. Buat halaman baru dan tampalkan 6 - 8 keping foto korang sedang menyiapkan artifak. Tulis kapsyen (keterangan ) berkaitan gambar.
Dapatkan tanda tangan seorang Guru PSV (mentor) untuk pengesahan hasil kerja.
Selesai tugasan anda.
Peringatan :
* Tugasan PSV ini mesti mempunyai kulit depan dan kulit belakang.
* Kesemua hasil kerja anda mesti dijilid.
* Soalan Tugasan 4 perlu ditampal pada satu halaman khas.
* Halaman pembahagi topik boleh di hias tanpa mengganggu tulisan sedia ada.
Contoh :
* Hasil artifak dan lukisan persembahan sebenar mesti sama.
* Untuk menyiapkan Part 6 dan Part 7, anda memerlukan kotak lampu (light box ) kerana anda perlu melukis (tekap) gambar kasut dan reka corak yang sama berulang kali.
Contoh kotak lampu mudah : (kotak plastik jernih dan lampu.)
: