Peta Lakar

Peta lakar merupakan lukisan pandangan darat yang menggambarkan keadaan permukaan bumi yang dilukis secara kasar yang mempunyai simbol-simbol tertentu singkatan-singkatan tertentu. Setiap simbol atau singkatan mewakili ciri-ciri tertentu.

Peta lakar yang lengkap mengandungi tajuk, bingkai peta, arah mata angin, petunjuk dengan simbol-simbol dan singkatan tertentu.

Contoh  peta lakar.

Simbol-simbol di dalam peta lakar mewakili ciri-ciri tertentu pada bentuk muka bumi sebenar.


Imej di atas saya perolehi dari http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit-5-peta.html

Cara melukis peta lakar untuk Tugasan Geografi PT3 2017.

1. Layari Google Map dan cari peta kampung anda. Saya pilih kawasan ini.


2. Kawasan peta ini terlalu luas untuk dilukis, lalu saya kecilkan skopnya.

3. Ambil screenshot peta dan save dalam format JPEG. Insert peta dalam MS Word dan Save. Cetak peta tersebut untuk ditekap secara manual. Jika mahir komputer, boleh trace guna Photoshop atau Illustrator.

4. Saya lukis bingkainya dulu. Segi empat ya.


5. Saya tekap dan lukis sempadan laut dan darat. Warna hijau adalah daratan. Peta lakar anda berwarna putih.


6. Saya lukis plan jalan raya untuk memudahkan kerja menanda kawasan.


7. Saya tambah ciri-ciri budaya iaitu kawasan petempatan, masjid. Masjid dan petempatan biasanya berada di tepi jalan raya. Kawasan bakau adalah ciri fizikal.


8. Saya tambah petunjuk dan arah mata angin.


9. Akhir sekali saya tulis tajuk untuk peta lakar yang dilukis.


Siap ! Terhasil sebuah peta lakar. Untuk makluman  semua, peta lakar tidak memerlukan skala.

Terdapat satu kesalahan pada peta ini. Sila nyatakan kesalahan tersebut.

Sila tuliskan  di ruangan komen.

0 comment... add one now