Panduan Menyiapkan Tugasan Geografi PT3 2017

Berjumpa semula dalam satu cabaran yang menggetar jiwa remaja berusia 15 tahun. Tentunya ramai yang tertanya-tanya apakah tugasan yang perlu diselesaikan untuk tahun ini ? Sukar ? Memeningkan kepala ? Atau mudah seperti makan kacang botak ?

Semua guru Geografi sudah pun mengetahui soalan dan sudah tahu bagaimana Tugasan Geografi PT3 2017 dilaksanakan. Namun untuk keselesaan pelajar, soalan ini dirahsiakan untuk sementara waktu supaya pelajar selesa untuk bercuti dan menyambut Aidilfitri. So ..... jom kita enjoy dulu.

Sebelum bermulanya tugasan ini, saya harap semua pelajar PT3 berjumpa guru Geografi masing-masing untuk memohon maaf sempena bulan Ramadan ini dan memohon maaf di atas segala ketelanjuran perbuatan dan tutur kata selama ini. Ingat ..... Guru Geografi anda yang akan membimbing anda menyiapkan tugasan ini dan dia jugalah yang akan memeriksa dan memberi markah tugasan anda. So bodeklah cikgu tersebut sepenuh hati.

Seperkara lagi, berikan tumpuan sepenuhnya semasa taklimat tugasan diberi. Catat semua perkara penting yang disampaikan. Anda perlu rapat dengan Guru Geografi anda untuk bertanya dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menyiapkan tugasan geografi PT3 2017.

Tugasan ini wajib dilaksanakan oleh calon PT3 2017 dalam tempoh 360 minit PdP.
Contohnya;
(30 minit) X (12 waktu pembelajaran) = 360 minit.
(40 minit) X (9 waktu pembelajaran) = 360 minit.

Tugasan ini perlu dilaksanakan di sekolah semasa waktu pembelajaran Geografi dengan tulisan tangan dan dibimbing oleh guru Geografi mengikut format penulisan yang ditetapkan. So, A dalam tangan sepatutnya.

Calon-calon dikehendaki membina Kerangka Pelaksanaan Tugasan sebagai panduan untuk menyiapkan tugasan. Kerangka ini akan memudahkan anda dan guru geografi anda untuk memantau proses penghasilan tugasan.




Aktiviti mencari maklumat tugasan boleh dilakukan secara berkumpulan, namun hasil kerja mestilah dibuat secara individu. Calon-calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat untuk mengumpul fakta.
Oops ..... ada ke maklumat tempat tinggal anda di internet ?

Foto mesti ada sebagai bukti kepada kajian anda. Masa yang sesuai untuk swafoto.

Semua sumber rujukan perlu dicatat dan ditulis dengan betul.

Calon-calon tidak boleh melakukan plagiat, menciplak atau meniru mana-mana hasil kerja orang lain. Calon perlu mengolah semula pernyataan atau petikan yang dipetik dengan menggunakan ayat sendiri. Jangan copy and paste.


Panduan Menyiapkan Tugasan Geografi 2017.

Soalan:

Anda sudah pun mengetahui soalan tugasan geografi PT3 2017, semasa taklimat tugasan yang diberi oleh guru geografi. Apakah langkah anda seterusnya ?

1. Tentukan kawasan mana yang hendak anda kaji. Kawasan tempat tinggal anda atau kawasan persekitaran sekolah anda ? Anda keliru ? Anda perlu menggunakan Google Maps untuk membuat tinjauan kawasan kajian.

Ini adalah peta kawasan kampung tempat tinggal anda.


Ini pula adalah kawasan lokasi sekolah anda.


Justifikasi , peta manakah yang mudah untuk dilukis, kawasan manakah yang anda kenalpasti ciri-ciri fizikal dan budayanya dan kawasan manakah yang mempunyai banyak potensi untuk dimajukan ?

2. Sesudah anda memilih kawasan tersebut ambil screenshot peta, save dalam format jpeg. dan cetak di atas kertas putih.

3. Tajuk kajian. Buat ketetapan terhadap tajuk kajian anda. Contoh :

Tajuk : Peta Lakar dan Potensi ............................................................

4. Siapkan jadual kerja yang mengandungi tarikh dan aktiviti yang anda akan lakukan. Contoh :


5. Tentukan objektif kajian anda. Sila baca semula soalan tugasan sebelum anda menulis objektif kajian. Tulis objektif kajian mengikut kehendak soalan.  Sediakan sekurang-kurangnya 4 objektif kajian yang relevan. Contohnya :


6. Kaedah kajian. Bagaimanakah kajian ini dilakukan ?  Apakah cara anda mengumpul maklumat atau dari manakah sumber maklumat itu diperolehi ? Nyatakan sekurang-kurangnya tiga kaedah kajian yang telah anda buat. Contoh :

Maklumat kajian ini telah saya ................................ melalui kaedah-kaedah berikut :
i. Kaedah pemerhatian - Saya telah membuat pemerhatian .........
ii. Kaedah rujukan - Saya telah membuat rujukan .........
iii. Kaedah melayari internet - Saya telah melayari internet untuk mendapatkan pet ...........
iv. Kaedah temubual - Saya telah berjumpa dengan ................ dan mengemukakan ............

Item 3,4,5 dan 6 menyumbang 10 markah.

Proses Awal - Bahagian ini sememangnya memeningkan kepala calon PT3. Apa yang perlu ditulis ? Bahagian ini mengandungi draf peta lakar, borang temubual dan bahan fotostat sumber maklumat potensi, halangan dan cadangan cara mengatasi halangan. Anda boleh fotostat buku teks yang menjadi sumber maklumat kajian atau screenshot blog yang menjadi sumber maklumat kajian. Anda perlu cetak screenshot tersebut.

Lakaran kasar peta.

Borang temubual.

Blog sumber maklumat kajian.


Anda perlu bertanya Guru Geografi anda untuk penerangan lanjut.


Bahagian ini menyumbang 20 markah.


Menulis pelaporan kajian.

a. Anda perlu menulis dan menjelaskan dengan tepat latar belakang kawasan kajian merangkumi bentuk muka buminya, ciri budaya dan ciri fizikal.

b. Anda mesti melukis peta lakar relevan dan lengkap dengan tajuk, simbol peta, petunjuk, arah mata angin dan bingkai.

Sila buat tafsiran peta dengan menjelaskan hubungkait antara ciri fizikal dan ciri budaya. Contohnya, kawasan pantai akan ada pokok bakau, tapak kuda dan pokok kelapa. Pekerjaan penduduknya mungkin nelayan dan akan ada jeti/pelabuhan perikanan. Jangan lupa ambil gambar kawasan tersebut.

Seterusnya anda dikehendaki melorek kawasan yang berpotensi untuk dimajukan dan memberi justifikasi/penilaian/alasan munasabah terhadap pemilihan kawasan berlorek. Sediakan gambar juga.

c. Menyatakan potensi kawasan berlorek dan menghuraikan potensi beserta contoh.

d. Menyatakan halangan yang wujud untuk memajukan kawasan yang berlorek. Huraikan dengan jelas dan relevan beserta contoh.

e. Memberikan sekurang-kurang 3 cadangan yang relevan untuk mengatasi halangan. Huraikan dan nyatakan contoh.

Siap pelaporan anda !

Langkah yang terakhir adalah membentangkan laporan kajian.


Diupdate pada 9 Julai 2017

Jumpa lagi ya !

Selamat Hari Raya

0 comment... add one now