Langkah -Langkah Menyiapkan Tugasan Sejarah PT3 2017

Hai !

Ngelabah ?  Tension ?  Tak tahu bagaimana nak bermula ?

Come on ... relax ! PT3 je .... bukannya SPM. Meh sini saya ajar bagaimana cara untuk menyiapkan Tugasan Sejarah PT3 2017. Saya akan ajar satu per satu. In English, they said, " step by step ".

Okay ... apakah soalan Tugasan Sejarah PT3 2017 ?

Anda dikehendaki membuat kajian tentang satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Alamak ..... sejarah apa ni ? Tempat saya mana ada sejarah yang hot ?

Ya , memang betul. Mengapa tidak anda menulis sejarah penubuhan sekolah anda ? Ini idea saya sahaja. Tanyalah Guru Sejarah kelas anda.

**  Ikut kehendak Guru Sejarah kelas anda kerana  dia yang akan memeriksa tugasan anda nanti.

Saya akan terangkan langkah demi langkah. So, post ini akan menjadi panjang dan tidak akan siap dalam tempoh sehari.


Langkah 1
Baca soalan beberapa kali dan rujuk kepada Guru Sejarah kelas anda jika ada kekeliruan. Taklimat pelaksanaan sudah pun dijalankan dan anda sepatutnya sudah memahami kehendak soalan dan cara menulis tugasan.

Langkah 2
Anda perlu menyediakan perancangan kerja yang lengkap, tepat dan realistik.  Ini adalah langkah awal menulis tugasan anda.

Tajuk: Sejarah Penubuhan SMKSS, Metropolis , Alam Buana.

Jadual Kerja :


Objektif Kajian:  Mengapa kajian ini dibuat ?

i.Memenuhi semua aspek yang dikehendaki oleh soalan PT3
ii.Mengetahui latar belakang penubuhan sekolah, faktor penyebab penubuhan sekolah serta kronologi penubuhan sekolah..
iii.Dapat menilai impak penubuhan sekolah kepada diri,masyarakat setempat serta mengambil iktibar daripada penubuhan tersebut.

Kaedah Kajian : Apa cara yang anda gunakan untuk mendapat maklumat ?

i.Kaedah mendengar taklimat.
ii.Kaedah melayari internet. (Ada ke maklumat sekolah korang kat internet ? Hi hi ...)
iii.Kaedah melawat tempat kajian. (Sesuai tak dengan kajian penubuhan sekolah.)
iv.Kaedah rujukan majalah sekolah.

Proses Awal : 

Anda perlu menceritakan bagaimana cara anda mengumpul maklumat untuk menulis kajian ini. Tuliskan apa kaedah kajian anda dan apa maklumat yang anda perolehi daripada kaedah tersebut.

Contoh ;

Saya telah melawat ke (alamat tempat tersebut)
Berdasarkan pemerhatian saya, sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan yang bercantum menyerupai huruf U. Saya telah mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti bahawa saya telah melawat sekolah ini. Dalam lawatan ini saya telah berjaya mendapatkan latar belakang penubuhan sekolah dan peristiwa penting yang pernah berlaku di sekolah ini.

Guna akal anda untuk mengagihkan maklumat dan kaedah kajian.

Kerangka Kasar Penulisan Kajian

Bahagian ini menyerupai muka surat kandungan dalam setiap buku.


Apabila selesai menulis bahagian ini, anda layak untuk mendapat markah maksimum 28 markah.

Seterusnya adalah penulisan pelaporan kajian yang menyumbang kepada 60 markah.



Bersambung .....

1 comment... add one now