Langkah-Langkah Menulis Tugasan Geografi PT3 2016

Salam Aidilfitri, 

Admin masih dalam mood raya, begitu juga dengan calon PT3. Ha ha ha ...

Minggu sebelum raya terpaksa siapkan Tugasan Sejarah. Minggu selepas raya terpaksa bekerja keras menyiapkan Tugasan Geografi PT3

Hilang mood nak raya kan ?  

Okay, berdasarkan sambutan yang hangat  terhadap Langkah-Langkah Menulis Tugasan Geografi PT3 pada tahun lepas, sekali lagi saya akan menulis isu yang sama untuk tahun ini.




1. Hadiri taklimat.

Untuk menyiapkan tugasan Geografi ini, anda perlu menghadiri taklimat Tugasan Geografi PT3 yang akan diadakan pada minggu ini. Sila dengar arahan yang disampaikan oleh guru Geografi anda. Bertanyalah kepada guru anda sekiranya ada perkara yang tidak difahami.


2. Fahami soalan dan kehendak soalan.

Soalan akan diberi semasa taklimat. Sila fahami kehendak soalan dan sila bertanya kepada guru Geografi anda sekiranya ada perkara yang mengelirukan. Tugasan anda akan diperiksa  oleh guru Geografi kelas anda. Sila berbuat baik dengan guru Geografi anda dan hormati mereka. 

Soalan Tugasan Geografi PT3 2016 :

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal / sekolah anda.

Kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :

1. Konsep dan takrifan sistem pengangkutan .

2. Bina jadual dan graf/carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di kawasan kajian. (Jadual dan graf/carta pai tersebut hendaklah relevan dengan perkara 3 dan 4)

3. Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian.


4. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian. 



3. Kerangka kerja.

Jangan abaikan perkara ini kerana ia menyumbang 10 markah kepada kajian anda. Jika anda abaikan, anda akan kehilangan peluang untuk mendapat pangkat A.
Anda perlu merangka kajian anda dengan mencatat tarikh-tarikh penting dan perkara yang anda lakukan atau tajuk-tajuk yang anda tulis. Contoh :



Sila rujuk guru Geografi anda untuk format yang sebenar. 



4. Proses awal

Anda perlu mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang sesuai dan menyatakan sumber rujukan.

Anda perlu juga menyediakan borang soal selidik untuk 10 hingga 20 orang responden. Pada borang tersebut perlu ada maklumat responden, masalah yang dihadapi dan cadangan penambahbaikan.

Sila kenalpasti masalah pengangkutan di kawasan tersebut dan cadangan penambahbaikan. Calon perlu hadir ke tempat kajian dan selfie dengan kawasan tersebut sebagai bukti kajian.

Bahagian ini menyumbang sebanyak 20 markah.  (Saya sudah bantu anda untuk mendapatkan 30 markah.)

Contoh borang soalselidik Tugasan Geografi PT3 2016.


Sila rujuk guru Geografi anda untuk format yang sebenar. 

***Tips - Maklumat daripada borang soalselidik ini akan digunakan untuk membina jadual dan graf.

Setelah semua maklumat anda kumpul, sila bawa maklumat tersebut ke dalam kelas dan anda perlu menulis tugasan anda di dalam kelas dengan dibimbing oleh guru Geografi kelas anda.

Tajuk - tulis tajuk mengikuti kehendak soalan.


TAJUK : MENGKAJI SISTEM PENGANGKUTAN DI KAMPUNG TELUK MUROH, LUMUT.

(Jangan tiru tajuk saya)


Objektif Kajian - Sila berbincang dengan guru Geografi anda.


Kaedah Kajian - Bergantung kepada cara kajian anda samada melalui pemerhatian, soalselidik atau rujukan. 

Sila berbincang dengan guru Geografi anda.


5. Konsep dan Takrifan Sistem Pengangkutan - Sila rujuk Kamus Dewan atau buat carian di internet.  (5 markah)


6. Membina Jadual dan Melukis Graf - Anda dikehendaki membina jadual dan melukis graf/carta pai yang berkaitan masalah pengangkutan yang dihadapi atau cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di kawasan kajian. Pilih salah satu.

Inilah bahagian yang paling bosan. Sekiranya anda tidak membuat borang soalselidik maka anda tidak akan mampu membina jadual dan melukis graf/carta pai.

Jadual mesti mengandungi tajuk, data dan sumber.  (8 markah)

Contoh jadual  



***Tips - Sila susun bilangan responden yang paling ramai di bahagian atas.

Graf mesti mempunyai tajuk, petunjuk, label paksi, skala dan plotan.

Contoh graf - 15 markah.
Graf ini tidak lengkap. Sila rujuk guru Geografi anda. Anda juga perlu membuat huraian graf tersebut .

7. Kenalpasti masalah  (20 markah)

Kenal pasti dan huraikan 3 atau lebih masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian. Nyatakan fakta huraian dan contoh.


8. Cadangan penambahbaikan  (20markah)

Memberikan cadangan penambahbaikan yang relevan untuk dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian. 


9. Rujukan.

Cara menulis rujukan.

Internet

. https://en.wikipedia.org/

. http://www.bumigemilang.com/


Orang sumber

En Manor b. Manni, 45 tahun, F210 Kg. Teluk Muroh, 32100 Lumut, Perak.

Sila rujuk guru Geografi anda.


10. Artikel ini akan sentiasa dikemaskini..

Sila share untuk manfaat bersama.



0 comment... add one now