Formula Hikmat

Alhamdulillah, siap juga akhirnya blog ini ! 

Sudah lama saya berhajat untuk menulis di blog tetapi hajat itu asyik tertangguh sahaja.

Hari ini sempat juga saya luangkan masa untuk menyiapkannya. Saya harap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada pelajar.

Semalam ketika saya berlegar-legar di Facebook, saya terjumpa satu page yang bertajuk 'Formula Hikmat dari Kipas Hikmat'. Saya kagum dengan kebolehan dan kemahiran pemilik page ini. Saya ingin ucapkan terima kasih dan tahniah kepada pemilik page ini di atas usaha membantu pelajar memahami matematik.  

Page yang mendedahkan formula hikmat subjek Matematik dan Sains. Saya paparkan beberapa lakaran dan formula yang terdapat di page tersebut.



Ini catatan yang berkaitan mata pelajaran sains tingkatan tiga. Sistem Pengangkutan Dalam Tumbuh-Tumbuhan.



Pelbagai nama yang diberi kepada formula yang didedahkan oleh pemilik page ini yang juga seorang guru/kartunis. Antaranya :

-Teknik Menebar Jala.
-Teknik Kek Titi.
-Teknik AnakPanah.
-Teknik Pangkah Ali Baba.
-Teknik Jacky Chan.

Ini adalah tajuk yang berkaitan dengan Sains /Kimia.



Jika berminat, anda boleh klik link Kipas Hikmat. Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini.

0 comment... add one now