Pada minggu lepas ketika asyik melayari internet, saya dikejutkan dengan satu soalan.
'Abah , apa perbezaan makna perkataan "baru" dan "baharu" ?'
Terkedu sebentar.
'Entah ... nanti abah cari perbezaan maksudnya.'
Secara umumnya, saya beranggapan maksud perkataan baru dan baharu adalah sama. Saya sempat bertanya kepada beberapa orang rakan dan mereka juga sependapat dengan saya. Semuanya bersetuju bahawa baru dan baharu menunjukkan sifat masa.
Saya meneruskan pencarian dengan merujuk kepada kamus dan melayari internet demi menjawab soalan anak. Akhirnya saya menemui sesuatu.
Dari sudut tatabahasa perkataan baru berperanan sebagai kata bantu kepada kata kerja (perbuatan).
Contohnya ,
- baru sampai
- baru masuk
- baru jumpa
Perkataan baru diletakkan sebelum kata kerja. Baru membawa maksud tidak lama (sifat masa).
Perkataan baharu pula adalah perkataan yang menyatakan sifat sesuatu benda, hal, orang dan haiwan.
Dalam konteks ini baharu berperanan sebagai kata sifat (adjektif) kepada kata nama.
Contohnya,
- rumah baharu
- seluar baharu
- undang-undang baharu
Perkataan baharu digunakan selepas kata nama.
'Abah, perkataan Johor Bahru dan Kota Bharu ?'
'Itu kata nama khas. Jangan ubah...'
Sebenarnya itu juga adalah persoalan yang perlu dirungkai ...
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan di FB, G+ atau Twitter.
Terima kasih.
Baru, Baharu, Bahru dan Bharu - Yang Mana Salah ?
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →