3 Perangai Buruk

Salam Jumaat,

Pagi yang nyaman dengan gerimis yang menimpa bumi. Lailatul Qadar kah ?

Dalam post ini saya ingin paparkan 3 hadis berkaitan perangai buruk manusia. Ketiga-tiga golongan dalam hadis ini tidak dapat masuk ke syurga.





Manusia yang suka membuat fitnah.

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a., Nabi bersabda,  "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebar fitnah."
(Riwayat Muslim)


Manusia yang takkabur.

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi bersabda, "Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat di hatinya walaupun sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)


Jiran yang jahat.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi bersabda, "Tidak masuk ke syurga seseorang yang membuatkan jirannya tidak berasa aman dengan kejahatan dirinya."
(Riwayat Muslim)

Oleh yang demikian, berhati-hatilah dalam setiap perlakuan dan pertuturan kita supaya tidak tergolong dalam kelompok manusia di atas.

0 comment... add one now