Berbuka Dengan Air Kelapa Muda

Bagi saya bulan Ramadhan merupakan bulan penuh keseronokan ketika zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika Ramadhan saya bebas keluar malam kononnya berterawih, dapat bermain mercun dan meriam buluh dan ketika berbuka saya dapat makan aneka makanan sama ada di rumah atau di surau.

Jika di surau saya dapat makan pelbagai makanan yang di bawa oleh jemaah dan jika berbuka di rumah saya dapat merasai pelbagai juadah yang diberi oleh jiran. Ketika itu aktiviti bertukar-tukar makanan sangat popular.

Saya sendiri berasa pelik kenapa jiran-jiran saya begitu pemurah ketika bulan puasa...

Saya pernah bertanya kepada ayah akan perkara ini lalu ayah saya menyebut hadis berikut : 


Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda, “Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
                                                                               (HR. At Tirmidzi”)

Oh , itu pegangan mereka ...

Minuman favourite saya ketika berbuka ialah air kelapa muda. Hampir setiap minggu saya akan mengikut ayah ke kebun untuk mengait kelapa muda buat habuan berbuka. Memang happy jika dapat berbuka dengan air kelapa muda.


Imej dari internet.

Enak dan segar ... tanpa mengira kesan dan khasiatnya .

Hari ini, ketika melayari internet saya terjumpa artikel berkaitan air kelapa muda. Antara kandungan artikel tersebut :

1. Air kelapa muda mengandung elektrolit yang membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang setelah seharian berpuasa.

2. Air kelapa muda dapat mengembalikan suhu badan ke paras normal setelah seharian berpuasa.

3. Air kelapa muda sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek (riboflavin) yang bertujuan mengawal tekanan darah, meredakan kekejangan otot serta memulihkan selera makan dan minum ketika musim panas.

Opss......... maaf jika artikel ini mengganggu puasa anda . Ha ha ha ...

Jom minum air kelapa muda segar tanpa gula dan ais ketika berbuka.

0 comment... add one now