Langkah-Langkah Awal Menyiapkan Tugasan Sejarah PT3 2016

Demam PT3 sudah bermula. Semua artikel  berkaitan PT3 di blog ini kembali mendapat sambutan. Kadar carian mula meningkat.

Ramai guru sudah mula menekankan latih tubi  mengikut subjek. Tindakan ini untuk membiasakan pelajar dengan format sebenar PT3. 

Subjek Sejarah akan memulakan langkah awalnya pada bulan Jun ini. 

Mulai minggu depan, pelajar PT3 akan memulakan kajian lapangan untuk subjek Sejarah mereka. Pada minggu ini akan diadakan taklimat untuk menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2016.

Langkah-langkah awal untuk menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2016.

1. Pelajar PT3 dikehendaki menghadiri taklimat tugasan Sejarah PT3 2016 tanpa gagal. Sila hadiri taklimat ini untuk mendapatkan maklumat secara terperinci bagaimana tugasan Sejarah ini perlu dibuat. Jangan ponteng kelas atau ponteng sekolah.

2. Beri perhatian sepenuhnya semasa taklimat. Guru atau penceramah akan menerangkan tarikh-tarikh penting dan isi penting yang perlu ada dalam kajian anda. Catat semua maklumat yang diberitahu. Jangan bermain atau bersembang semasa taklimat. Sila duduk dibaris hadapan semasa taklimat.

3. Sila tanya soalan jika ada bahagian yang tidak difahami. Jangan malu untuk bertanya. Pertanyaan anda akan membantu anda untuk merancang kerja dengan mudah dan mungkin juga dapat membantu pemahaman rakan anda yang lain.

4. Dapatkan surat kebenaran daripada pihak sekolah dan surat kebenaran daripada  ibubapa sebelum anda pergi ke tempat kajian.

5.Ingat !!! Tugasan tahun ini adalah kajian lapangan. 
i-Anda perlu keluar rumah dan pergi ketempat tersebut. 
ii-Buat kajian mengikut kehendak soalan. 
iii-Catat semua maklumat yang perlu.
iv-Kumpulkan semua bahan yang anda perolehi.
v- Bawa kesemua bahan ke sekolah.
vi- Berbincangan dengan guru sejarah anda.
..... Mula menulis tugasan sejarah anda.

6. Tempoh menyiapkan tugasan sejarah ini adalah dari 19 Jun 2016 hingga 1 Julai 2016. Anda diberi 8 waktu pembelajaran Sejarah untuk bertemu guru sejarah anda dan menyiapkan tugasan anda.

7. Jangan MALAS pergi ke tempat kajian.

8. Jangan PONTENG kelas semasa tugasan sedang berlangsung.

9. Sentiasa HORMATI GURU dan BERTANYA KEPADA GURU jika ada perkara yang meragukan.

Saya akan sambung langkah-langkah seterusnya pada artikel akan datang. 
Tungguuuuuuu...!!!

***p/s : Pakai pakaian yang sopan, jaga tingkahlaku anda dan JANGAN PONTENG PUASA.


Tugasan Sejarah  Yang Diupdate.

Langkah-Langkah Awal Menyiapkan Tugasan Sejarah PT3 2016

0 comment... add one now