Hari ini saya sempat membaca sepintas lalu isi kandungan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Geografi Tingkatan Satu. Kurikulum ini akan mula diguna pakai pada tahun 2017.
Jika dilihat kepada isi kandungan kurikulum sememangnya terdapat beberapa perubahan.
Berikut adalah tajuk-tajuk yang terdapat dalam KSSM Geografi Tingkatan Satu.
Kemahiran Geografi
Arah
Kedudukan
Peta Lakar
Lakaran Peta Malaysia
Geografi Fizikal
Bumi
Bentuk Muka Bumi di Malaysia
Saliran di Malaysia
Geografi Manusia
Penduduk dan Petempatan
Penduduk di Malaysia
Petempatan di Malaysia
Geografi Kawasan
Asia Tenggara
Isu dan Pengurusan Alam Sekitar
Sumber Air
Sisa Domestik
Terdapat beberapa penambahan kandungan dalam sukatan geografi ini . Antaranya :
Arah - Mengukur bearing sudutan pada peta dengan menggunakan jangka sudut.
Kedudukan - Mengaplikasikan latitud dan longitud untuk mengenal pasti kedudukan sesuatu tempat.
Lakaran Peta Malaysia - tajuk baru.
Tajuk Graf digugurkan.
Bumi - Sistem fizikal bumi, struktur bumi, benua, lautan, laut utama, selat dan kesan pergerakan kerak bumi.
-Menjelaskan empat sistem fizikal bumi.
-Menjelaskan struktur bumi.
-Mengenal pasti benua, lautan, laut utama dan selat.
-Membincangkan kesan pergerakan kerak bumi.
Bumi adalah tajuk baru yang menyerupai kandungan Geografi Tingkatan 4 sekarang.
Penduduk dan Petempatan juga tajuk baru . Tajuk ini adalah kandungan Geografi Tingkatan 2 sekarang.
Asia Tenggara & Isu dan Pengurusan Alam Sekitar adalah kandungan baharu Geografi Tingkatan 1.
Tajuk Cuaca dan Iklim & Tumbuhan Semula Jadi digugurkan.
Kepada semua guru Geografi 2017, selamat berkursus.