Menakjubkan ! ... apabila artikel Bagaimana Menyiapkan Tugasan Geografi PT3 2015 mendapat pageview lebih daripada 12 000. Topik yang mendapat sambutan hangat daripada pelajar tingkatan tiga 2015.
Okay, hari ini saya ingin kongsikan satu zikir yang hebat. Saya terbaca perkara ini dalam satu kitab Imam An Nawawi.
Dalam kitab ibnu Sunni, Anas berkata, Nabi bersabda :
Siapa yang pada pagi Jumaat sebelum solat subuh mengucapkan, " Aku memohon keampunan Allah yang tiada tuhan yang patut disembah selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Menghidupkan dan aku bertaubat kepada-Nya " sebanyak tiga kali, pasti Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.
Inilah zikir yang perlu kita baca sebanyak tiga kali itu.
Memang Allah sayang akan hamba-Nya. Allah ampuni dosa kita yang banyak dengan hanya membaca zikir ini sebanyak3 kali sebelum solat subuh pada hari Jumaat.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Jumpa lagi !